Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, August 27, 2011

Berbuka puasa bersama-5Sains 2010

Salam semua..


   Semalam,26 haribulan ogos 2011 saya bersama kawan2 saya iaitu Dyra,Shila,Intan,Luqman,Izuan n Harith keluar sama2 sebab nak berbuka bersama2..setelah beberapa bulan tak jumpe sbb semua bz belajar di tempat yang berbeza,semalam je lah masa yang sesuai untuk jumpe..itu pun ade yang tak balik lagi n ada yang tak dapat nak joinn..sorrylah korang..tarikh lain tak leh nak buat dah..fully booking.hehe..


   Keluar rumah dalam pukul 2 ptg g megamall kuantan dgan dyra..tq dyra!naik kereta..mak die hntar.lpas tuh lepak2 dekat megamall tuh,jalan2,window shopping,shopping skit2 n aku beli novel..sebelum tuh kiteorg g booking restoran ayam penyet..berbuka nnti kat situ.lepastuh tnggu budak2 laki dtg nak main bowling same2..lama jugak kiteorg main bowling tuh..yelah ramai kan..dgan perangai sorang2 yang agak poyo..aishh..haha..
  Lepas main bowling tuh jalan2 pusing satu round megamall tuh and then tnggu waktu berbuka kat restoran tuh..izuan g bawak murtabak mase tuh.tpi mmg best lah murtabak tuh..terbaekkk..hehe..kiteorang pun makan dengan kebulurnya..konon lah macam setahun tak makan..huhu.lepas tuh balik tunggu kakak dyra jemput..jalan kat luar jem giler kott..dah macam duk K.L aku nie..hehe..
    Balik dalam pukul 10 malam smpai rumah..mmg penat giler lah aku hari tuh..heheh..kat bawah nie gambar2..tengok2 je lah erk..





















Tuesday, August 23, 2011

What???L.O.V.E,,



Wahhh..agak suspen tajuk entry aku kali nie.macam terperanjat pun ada jugak..hahaha..bukannye apa aku buat tajuk macam tuh sebabnye tak dapat fikir dah nak buat tajuk macam mane lagi..eh2,yang duk cerita pasal tajuk entry nie je kenapa?
  Apa ada dengan cinta?entahh..aku pun tak tau..sebab dah lame hidup membujang.hehehe..konon nye lah.menyampah pulak aku taip ayat nie.Nak dijadikan cerita entah macam mane tau aku leh terSUKA dekat sorang nie..sape die?rahsiaaa..mane leh tauu..suka je pun.bukan ada ape2 pun..die lagilahh..aku tak tau.
  Jadi aku rasa tak perlulah nak beria2 sangat..walaupun kadang2 aku nampak macam beria lebihh..hahaha..jodoh pertemuan semua dah ditetapkann..wow,ayat aku..tak boleh bla langsungg..


Friday, August 19, 2011

Dipujuk??

Assalamualaikumm..hello everybody..

    Harituh masa 12 OGOS 2011..tarikh keramat tuh..aku dapat tau yang dato ct ada dtg kuantan buat promosi simplysiti..bila aku tau berkobar2 semangat nak pergi nie..siap nekad nk g sorang2 dgan naik teksi dari gambang sampai ke Giant kuantan tuh..tapi aku semangat je sentiasa lebih..perasaan takut sbb nak g sorang2 tuh lebih banyakk..huhu..
  Tapi at last aku tak pergi jugakk..mengenangkan yang mungkin tak sempat nak berkejar dari gambang sampai kuantan yang mngambil masa lebih kurang 40 minit..dengan kelas yang memang tepat2 habis pukul 12 tgahari..kak siti pun dtg pukul 12...kalau pergi naik teksi pulak nnti kena bayar rm40++...jadi,dengan berat hati terpaksa redha je x dapat jumpe lagi kak siti..walaupun nmpak je aku macam tak kisah tapi berair lah jugak mata masa kat kelas harituh..duk termenung sana sini..haha..

   Lepas balik rumah petang tuh tweet kak siti..n die pun reply..haha..macam ayat memujuk aku nie..nak tgok..t letak gmbar yerk..hehe..



Lepas dpt nie x sedih2 dh..hehehe

Saturday, August 6, 2011

Kenyataan Berhubung isu HALAL SIMPLYSITI

Merujuk kepada sebaran lampiran yang terdapat di dalam blog, berikut adalah kenyataan daripada SimplySiti. Pihak kami terpaksa membuat kenyataan akhbar lebih awal memandangkan terlalu banyak pihak yang telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini. Kenyataan ini dibuat bagi mengelakkan salah faham orang ramai dan melindungi imej produk kami yang dituduh menggunakan berus babi.

Produk SimplySiti sentiasa mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM sebelum sebarang produk kami diberi sesuatu kelulusan Halal. Sebenarnya, produk-produk SimplySiti serta berus yang terdapat di dalamnya yang telah mendapat pengesahan Halal tidak terbabit dengan tuduhan yang dibangkitkan tersebut. Pihak kami selama ini berkerjasama rapat dengan pihak JAKIM dalam setiap proses yang harus dipatuhi sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dan dipasarkan untuk kegunaan orang awam. Sokongan dan bantuan yang kami terima daripada pihak JAKIM amat kami hargai dan kami banyak belajar daripada mereka kerana sebagai perniagaan yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua, pihak JAKIM adalah rakan dan pihak yang sangat komited dan paling berwibawa dalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengusaha-pengusaha seperti kami terutama sekali dalam proses penghasilan dan pengesahan kualiti sesuatu produk secara amnya, dan untuk piawaian Halal secara khususnya. Sebab itu proses penghasilan sesuatu produk yang ingin mendapat pengesahan Halal daripada Jakim perlu melalui proses pemeriksaan dan siasatan yang terperinci bukan hanya bagi setiap jenis bahan yang terbabit di dalam pembuatan produk, malahan premis, setiap prosesnya termasuk pengangkutan, simpanan, pengeluaran, para pekerja dan segala-galanya perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.

Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut BUKANLAH bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti tetapi hanyalah berus yang terlibat di dalam kerja pembersihan di kawasan kilang dan kerja-kerja menyamak dan penyucian menurut syarak telahpun dilakukan bagi memastikan tidak ada apa-apa langsung yang tidak suci terdapat di dalam premis kilang tersebut lagi sebelum proses pembuatan produk dilakukan di kilang tersebut.

Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM. Bukan itu sahaja, kami juga rasa terharu kerana kerjasama dan follow up yang kami terima daripada pihak JAKIM juga adalah pantas dan efisyen untuk kami mudah membuat apa-apa tindakan susulan dengan efektif.

Memang sudah cita-cita dan niat Siti adalah untuk memastikan produk SimplySiti adalah halal, suci dan berkualiti. Hanya yang terbaik untuk semua para pengguna maka Siti sanggup buat apa sahaja dan akan terus berusaha memperbaiki mana-mana kekurangan walaupun proses atau usaha itu mengambil masa dan kos yang lebih sedikit daripada proses yang biasa. Sekiranya sesuatu produk itu diragui kesuciannya, kami tidak akan menjual malahan akan menarik balik dari pasaran.

SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti. Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini. Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami.
Sekian, terima kasih.

Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin
Presiden
SimplySiti Sdn Bhd

*harap isu ini selesai selepas ini dan kepada pihak2 yg tak bertanggungjawab tu,sudah2 lah...ini bulan puasa.